Referendum penggabungan Singapura, 1962

PILIHAN A
Saya menyokong penggabungan yang memberi Singapura autonomi ke atas buruh, pendidikan dan perkara lain yang dipersetujui seperti yang dinyatakan dalam Kertas Perintah No. 33 tahun 1961, dengan warga Singapura secara automatik menjadi warganegara Malaysia.

PILIHAN B
Saya menyokong penggabungan lengkap dan tanpa syarat bagi Singapura sebagai sebuah negeri atas dasar sama rata dengan sebelas negeri lain mengikut dokumen Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

PILIHAN C
Saya menyokong Singapura memasuki Malaysia dengan syarat yang tidak kurang daripada yang diberikan kepada wilayah Borneo.
Tarikh1 September 1962
Keputusan
Undi %
PILIHAN A 397,626 &&&&&&&&&&&&&095.82000095.82%
PILIHAN B 9,422 &&&&&&&&&&&&&&02.2700002.27%
PILIHAN C 7,911 &&&&&&&&&&&&&&01.9100001.91%
Undi sah 414,959 &&&&&&&&&&&&&073.89000073.89%
Undi tidak sah atau kosong 146,600 &&&&&&&&&&&&&026.11000026.11%
Jumlah undi 561,559 100.00%
Pengundi berdaftar/keluar 619,867 &&&&&&&&&&&&&090.59000090.59%

Sebuah pungutan suara atau referendum mengenai syarat-syarat penggabungan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Singapura pada 1 September 1962. Terdapat tiga pilihan. Pada masa referendum diadakan, Singapura ialah sebuah negara yang berkerajaan sendiri sejak 1959, walaupun Empayar British masih mengawal hubungan luarnya.

Pilihan A, yang menyediakan tahap autonomi tertinggi dengan status istimewa, ialah pilihan yang dipilih pada hampir 96% undian yang sah.[1] 26% pengundi membuang undi kosong atau rosak – kebanyakannya kosong – bermakna Pilihan A dipilih oleh 71% daripada mereka yang mengambil bahagian dalam pungutan suara, atau oleh 64% daripada pengundi berdaftar.[2][3] Jumlah undi kosong yang tinggi adalah disebabkan percubaan boikot oleh Barisan Sosialis kerana tiada pilihan yang menolak penggabungan sepenuhnya.

Dengan keputusan referendum itu, negeri-negeri Tanah Melayu, Singapura serta jajahan mahkota Borneo Utara dan Sarawak bergabung membentuk Persekutuan Malaysia. Kesatuan itu akan terbukti lemah kerana pelbagai faktor, dan akan bertahan hanya untuk satu tahun, sepuluh bulan dan 24 hari sebelum Singapura akhirnya menjadi sebuah negara berdaulat sepenuhnya.

  1. ^ Singapore, 1 September 1962: Integration with Malaya Direct Democracy (dalam bahasa Jerman)
  2. ^ "Yes – What a win for Premier Lee". The Straits Times. Singapore Press Holdings. 2 September 1962. m/s. 1. Dicapai pada 9 March 2022.
  3. ^ "Merger "Yes"". The Straits Times. Singapore Press Holdings. 3 September 1962. m/s. 1. Dicapai pada 9 March 2022.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search